Hotel Potala, Thangsyap Village, Nepal

Pengusaha penginapan berketurunan Tibet sedang memasak untuk hidangan sarapan pagi di rumah tumpangan milik mereka di “Thangsyap Village”, Nepal pada suatu pagi yang dingin berbekalkan stok makanan yang terhad. Selain kayu api, najis Yak yang telah dikeringkan juga turut digunakan sebagai sumber bahan api.

Hotel Potala merupakan salah sebuah tempat penginapan yang disediakan di Thangsyap Village. Ia merupakan salah sebuah tempat penginapan buat pengunjung sebelum meneruskan perjalanan ke Langtang Village dan Kyanji Gompa selepas seharian merentas hutan di banjaran Himalaya, Daerah Resuwa, Nepal.

Hotel ini penyediakan kemudahan asas seperti tempat tidur dan tandas. Bekalan elektrik yang terhad pada masa-masa tertentu menyebabkan pengunjung berada dalam kegelapan pada waktu malam. Setiap bilik hanya dibekalkan dengan sebatang lilin. Perkhidmatan sewaan selimut tebal juga disediakan bagi pengunjung yang tidak selesa dengan suasana suhu sejuk yang boleh mencecah sehingga -11°c pada waktu malam. Pengunjung boleh makan di ruangan yang disediakan seolah-olah sebuah restoran dengan pilihan makanan berdasarkan menu yang disediakan. Di ruang inilah biasanya pengunjung akan berkesempatan untuk berinteraksi dengan pengunjung lain, pemandu pelancong (malim gunung), dan “porter” selepas makan malam kerana hanya ruangan ini disediakan pendiang (Fireplace) kayu api untuk memanaskan badan.  Rungan ini akan bertukar menjadi bilik tidur bagi keluarga ini selepas semua pengunjung masing-masing berada di bilik mereka.

Selain penginapan, mereka juga memiliki 2 ekor kuda yang boleh disewa oleh pengunjung yang mengalami kecederaan otot atau ingin merasai pengalaman menaiki kuda di sana.

Advertisements

Posted on July 7, 2013, in Human Interest, Kathmandu, life, Photo Essay, Travel, Uncategorized, Workshop and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: